New!!!

RESIPI LAKSA

Bahan-Bahan:

  • 1 kg laksa
  • 1 kg ikan sardin/kembung (biasa guna ikan sardin) -direbus & dikisar
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 5 keping asam gelugur/asam keping
  • 2/3 tangkai daun kesum (lagi banyak lagi harum)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • daun pudina (ikut citarasa)
  • 4/5 liter air
  • 2/3 senduk cili kisar (ikut kepedasan)
  • garam secukup rasa

Bahan Hiasan:

  • 4 biji telur rebus (dipotong 4)
  • 3 biji cili merah (dihiris halus)
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 biji timur (dipotong memanjang)
  • limau kasturi (dibelah 2)

Cara Membuat:

  1. Celur laksa hingga lembut, tapis dan asingkan.
  2. Rebus ikan sardin. Asingkan kepala dan tulang serta isi.
  3. Kisar kasar isi ikan dahulu. Kemudian kisar halus kepala dan tulang ikan. Tapis dan asingkan.
  4. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan cili kisar, ikan yang telah dikisar kasar dan halus, bunga kantan, asam gelugur, daun kesum, serai, daun pudina dan garam secukup rasa.
  5. Tunggu hingga kuah laksa mendidih dan pekat.
  6. Akhir sekali ambil laksa yang telah dicelur, masukkan kuah laksa dan hiaskan dengan cili merah, telur rebus, bawang besar, hirisan timun dan perahan limau kasturi...

No comments:

Post a Comment

Thank you.

Popular Posts